Jumaat, 11 November 2011

MeRoKoK??

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Merokok Dari Pandangan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
  1. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
  2. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
  3. imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
  4. Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
  5. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
HA!!! SKRANG PLAK MARI KITA LIHAT KANDUNGAN2 YG ADE DLM ROKOK YG BUTKN ORG RAMAI JD KETAGIH TERHDPNYERR...
Hmmm.. kalau x nmpk jugak meh saya tulis ape yg ade dlm gmbo tu..

  1. Metanol (bhn api)
  2. karbon monoksida yg keluar dr asap kereta tuu..
  3. nitrobenza(gasolin)
  4. butana(cecair pemetik api)
  5. arsenik yg korang gune untuk racun tikus tu haa
  6. raksa( yg logam dlm jangkasuhu: thermometer tu)
  7. kadmium( bhn utama bateri alkali)
  8. taulena(pelarut industri)
  9. ammonia( pencuci lantai)
  10. stearik(bhn utama dlm lilin)
  11. stanida(racun berbisa)        
apemcm!! anda berani lg ker nk hisap rokok nie.. byk giler kowt bhn2 dlm rokok tuu.. x taw la nk ckp aper kalau korg tetp jugk nk hisp.. bg korg yg dh sedr nk cube berenti , ni ade lngkah2nyer.. hrp korg dpt ikut la yer..

                                                               
umumkn pada org ramai yg korg semua nk berenti merokok



lg satu yg x suke mkn sayur ngan buah tu , korg terpksa juga kene mkn sebab kalau korg mkn byk sayur ngan buah nie , ia dpt kurgkan ketagihan korg pada nikotin tuuu.. nikotin kan buat kite ketagih.. huhu


then, korg kene minum byk air sebab air dpt keluarkn toksik yg ade dlm bdn korg tu.. lg satu bukn air manis tau.. korg kene minum air masak pastu elak dr minum air yg berkafein.. ok!!


 lg satu cara korg kene mengunyah sesuatu mcm gula-gula geth.. tapi korg kene elak sesuatu yg manis tau...


pastu korg kene mandi dgn kerp dan kene slalu basuh tgn tuu.. jgn luperr..



akhir skali, korg berdoa la pada Allah agar dikuatkan semngt korg untk berhenti merokok..


LUPER NK BGTAU KALAU MEROKOK  MESTILA ADE KESAN SMPINGNNYERR KAN.. 


  • Gigi berkarat (staining). 
  • Nafas berbau (halitosis). 
  • Penyakit gusi (penyakit periodontium). 
  • Kanser mulut. 
  • Kanser paru-paru. 
  • Tekanan darah tinggi. 
  • Strok. 
  • Penyakit jantung. 
  • Mati pucuk. 

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

  • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
  • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
  • Mendapat asma.
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
  • Meningkatkan deria bau dan rasa.
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'.





Tiada ulasan: