Jumaat, 4 Mac 2011

MADAH UNTUK WANITA SOLEHAH



Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah
 
 
 

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.”
(Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
 
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT !!!!!!!!!!


PENDAPAT :
1) SEMUA ANGGOTA WANITA ADALAH AURAT, DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI, ( MAZHAB AHMAD DAN PENDAPAT IBNU TAIMIYAH )
2) SEMUA TUBUH WANITA KECUALI WAJAH, TAPAK TANGAN DAN TELAPAK KAKI ( MAZHAB ABU HANIFAH )
3) SEMUA TUBUH WANITA KECUALI WAJAH DAN TELAPAK TANGAN  (MAZHAB MALIKI DAN SYAFIE )


SURAH AN-NUR (31 )
"DAN JANGANLAH MEREKA MENAMPAKKAN PERHIASANNYA SELAIN DARI YANG NYATA MESTI TERBUKA."

DI BOLEHKAN MEMBUKA KEDUA ANGGOTA SEPERTI KATA AR-RAZI UNTUK BEKERJA , MENGAMBIL DAN MEMBERI . WANITA DIBERI KERINGANAN UNTUK MEMBUKANYA.

2 GOLONGAN PENGHUNI NERAKA YANG TIDAK AKU NAMPAK :
1) MANUSIA YANG MENGIBASKAN TALI CEMETI  SEPERTI EKOR KERBAU PADA MEREKA DAN MEREKA AKAN MEMUKUL MANUSIA YANG LAIN (PEMERINTAH YANG ZALIM )\
2) PEREMPUAN YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, YANG CONDONG KEPADANYA. MEREKA TIDAK AKAN MASUK SYURGA DAN MEREKA TIDAK AKAN CIUM BAU SYURGA SEDANGKAN BAU SYURGA ITU BOLEH DIHIDU DARIPADA JARAK TERTENTU.

SESUNGGUHNYA SEBILANGAN AHLI NERAKA IALAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERPAKAIAN TAPI TELANJANG YANG CONDONG KEPADA MAKSIAT DAN MENARIK ORANG LAIN UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT . MEREKA TIDAK AKAN MASUK SYURGA DAN TIDAK AKAN MENCIUM BAUNYA.
( RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM )  

 


Rabu, 2 Mac 2011

10 0RANG YANG MENJADI KEKASIH IBLIS



1) PEMIMPIN YANG ZALIM 
2) ORANG YANG ZALIM
3) ORANG KAYA YANG TIDAK MEMPEDULIKAN DARI MANA IA MEMPEROLEHI HARTANYA DAN KEMANA IA BELANJAKANNYA.
4) ORANG ALIM YANG MEMBENARKAN PEMIMPIN YANG ZALIM
5) PENIAGA YANG PENIPU
6) MUHTAKIR ( ORANG YANG MENAHAN BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN MANUSIA.KEMUDIAN MENJUALNYA DENGAN HARGA YANG TINGGI , KETIKA MANUSIA SANGAT MEMERLUKANNYA
7) ORANG YANG BERZINA
8) ORANG YANG MAKAN RIBA
9) ORANG BAKHIL YANG TIDAK PEDULI DARI MANA IA KUMPULKAN HARTANYA
10)ORANG YANG TERUS MENERUS MINUM ARAK

Selasa, 1 Mac 2011

SAMBUNGAN MENCARI LOCUS STANDI....

DI SAAT INI....
KITA AKAN MELIHAT .....
BERMACAM-MACAM GAYA CUBAAN MANUSIA MENCARI JALAN KELUAR UNTUK 
MENGATASI TEKANAN

ADA YANG MINUM AIR SYAITAN....




TAK KURANG PULA YANG JADI 
DOKTOR SEGERA....




TAPI INGATLAH WAHAI DIRIKU... YANG SELALU LUPA

PST...PST......                 EH...EH.....

SESUNGGUHNYA BAGI ORANG YANG BERTAKWA DAN BERBAKTI KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH JADIKAN BAGINYA JALAN KELUAR YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA.....

OLEH ITU ...WAHAI DIRIKU, DALAM KEMBARA MENCARI LOCUS STANDI , ARAH TUMPUAN HIDUP INI, PULANGLAH KEPADA FITRAH YANG ASAL..BERSIH DAN BAIK..PULANGLAH KEPADA PENCIPTA- RAJA SEKALIAN DIRI

KENAPA???? TAK PERCAYE?????


ITULAH TANDA KASIH ALLAH PADA HAMBA2 NYA YANG BERTAKWA!!!


TAKWA BERI KEYAKINAN DALAM HIDUP..........
  

MENCARI LOCUS STANDI....


ADA KETIKA...KITA BENAR2 RASA TERTEKAN.....



TERTEKAN ...AARGHH!!!! 
                                                                         
                         
TERASA BAGAI DIHIMPIT DUNIA DARI SEGENAP SEGI!!!!
TERPENJARA DI TANAH MERDEKA....

  BUNTU SGT! CAM DH TAKDE JALAN KELUAR LANGSUNG!!






10 ORANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH



-ORANG LELAKI YANG SOLAT SENDIRIAN TANPA MEMBACA SESUATU
-ORANG LELAKI YANG MENGERJAKAN SOLAT TAPI TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT
-ORANG LELAKI YANG MENJADI IMAM , PADAHAL ORANG YANG MENJADI MAKMUM MEMBENCINYA
-ORANG LELAKI YANG MELARIKAN DIRI
-ORANG LELAKI YANG MINUM ARAK TANPA MAHU MENINGGALKANNYA
-ORANG PEREMPUAN YANG MENGERJAKAN SOLAT TANPA MEMAKAI TUDUNG
-IMAM ATAU PEMIMPIN YANG SOMBONG DAN ZALIM MENGANIAYA
-ORANG YANG SUKA MAKAN RIBA
-ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DAPAT MENAHANNYA DAIR MELAKUKAN PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNGKAR