Khamis, 17 November 2011

RaHsiA Waktu SoLaT



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan… Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Waktu Isyak Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

HiKmAH sLalU bErSUjUd..



  • btulkan buah pinggang yg trkeluar sdikit dr tmpt aslnyerr
  • btulkn pundi peranakan yg jatuh
  • kurgkn sakit senggugut ketika haid
  • legakan bahagian paru2 drpd ketenangan
  • kurgkn sakit appendiks
  • ringnkan bhgian pelvis
  • kurgkn kegemukn
  • otk menerima byk bekalan drh & oksigen
  • gerkn otot2 tertntu jdkannya lebh kuat , elastik , memastikn kelncaran drh
  • mudhkn wanita bersalin , organ peranakan mudh kmbali ke tmpt asl
  • baik untuk berehat & imbangi lingkungn bahagian belakang tubuh..

Jumaat, 11 November 2011

CiTe KoREa.... !!

HEARTSTRING..

Drama korea HEARTSTRING salah satu drama terbaik yg pernh aku tgok.. syok wuuu... tgok berulang kali pown tkkan jemu .. dgn jln cite yg menarik dan lagu yg hebt2. memg mntap laa.. huhu.. rugi kalau korg x tgok.. 

TITLE : Neon Naege Banhaesseo | You've Fallen For Me
ENGLISH TITLE : Heartstring | Falling In Love
GENRE : Romance / Music
EPISODE : 16
BROADCAST NETWORK : MBC


Jung Yong Hwa ( Lee Sin )
Mahasiswa seni dan muzik dan merupakan gitaris dan penyanyi utama 'The Stupid' . Dingin dan tidak tertarik dalam hal-hal yg tidak berkait muzik.



Park Shin Hye ( Lee Kyu Won )
Mahasiswi jurusan instrumen tradisional korea ( Gayageum). Gadis yg ramah dan lucu.


Song Chang Ui ( Kim Suk Hyun )
Sutradara teater seluruh dunia yg berhasil melakukan ciptaan sendiri di Broadway dan mendapat iktiraf. 


So Yi Hyun ( Jung Yoon Soo )
Guru balet muda di sebuah perguruan tinggi seni dimana Lee Sin dan Lee Kyu Won belajar.


Kang Min Hyuk ( Yeo Joon Hee )
Mahasiswa Jurusan menulis kreatif. Drummer dan ketua band 'The Stupid'.


Woo Ri ( Han Hee Joo )
Mahasisiwi yang berbakat dalam berlakon dan sombong. Mempunyai impian tinggi menjadi aktress.


Kim He Jung ( Jung Yoon Su )


Heartstring Episode 1                                              






Heartstring Episode 7


Heartstring Episode 8


Heartstring Episode 9


Heartstring Episode 10

Byk ni jerla dulu.. huhu.. lgpun preview jerr.. buknnyerr cerit penuh pown.. 
yg kat bwh ni plak lagu2 die yg best.. jom dgr..  DAN jgn lupe tkn link kat bwh tu.. bukn sekadar senarai jerr..


I will forget you


Lee Hyun Jin


You Have Fallen For Me


Because I miss you


The Day we fall in love


So Give me a smile







MeRoKoK??

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Merokok Dari Pandangan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
  1. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
  2. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
  3. imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
  4. Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
  5. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
HA!!! SKRANG PLAK MARI KITA LIHAT KANDUNGAN2 YG ADE DLM ROKOK YG BUTKN ORG RAMAI JD KETAGIH TERHDPNYERR...
Hmmm.. kalau x nmpk jugak meh saya tulis ape yg ade dlm gmbo tu..

  1. Metanol (bhn api)
  2. karbon monoksida yg keluar dr asap kereta tuu..
  3. nitrobenza(gasolin)
  4. butana(cecair pemetik api)
  5. arsenik yg korang gune untuk racun tikus tu haa
  6. raksa( yg logam dlm jangkasuhu: thermometer tu)
  7. kadmium( bhn utama bateri alkali)
  8. taulena(pelarut industri)
  9. ammonia( pencuci lantai)
  10. stearik(bhn utama dlm lilin)
  11. stanida(racun berbisa)        
apemcm!! anda berani lg ker nk hisap rokok nie.. byk giler kowt bhn2 dlm rokok tuu.. x taw la nk ckp aper kalau korg tetp jugk nk hisp.. bg korg yg dh sedr nk cube berenti , ni ade lngkah2nyer.. hrp korg dpt ikut la yer..

                                                               
umumkn pada org ramai yg korg semua nk berenti merokok



lg satu yg x suke mkn sayur ngan buah tu , korg terpksa juga kene mkn sebab kalau korg mkn byk sayur ngan buah nie , ia dpt kurgkan ketagihan korg pada nikotin tuuu.. nikotin kan buat kite ketagih.. huhu


then, korg kene minum byk air sebab air dpt keluarkn toksik yg ade dlm bdn korg tu.. lg satu bukn air manis tau.. korg kene minum air masak pastu elak dr minum air yg berkafein.. ok!!


 lg satu cara korg kene mengunyah sesuatu mcm gula-gula geth.. tapi korg kene elak sesuatu yg manis tau...


pastu korg kene mandi dgn kerp dan kene slalu basuh tgn tuu.. jgn luperr..



akhir skali, korg berdoa la pada Allah agar dikuatkan semngt korg untk berhenti merokok..


LUPER NK BGTAU KALAU MEROKOK  MESTILA ADE KESAN SMPINGNNYERR KAN.. 


  • Gigi berkarat (staining). 
  • Nafas berbau (halitosis). 
  • Penyakit gusi (penyakit periodontium). 
  • Kanser mulut. 
  • Kanser paru-paru. 
  • Tekanan darah tinggi. 
  • Strok. 
  • Penyakit jantung. 
  • Mati pucuk. 

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

  • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
  • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
  • Mendapat asma.
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
  • Meningkatkan deria bau dan rasa.
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'.